Saturday, October 10, 2009

mengERTIkah kite tugas seorang GURU sebenarnya????????

hemmm....semua dalam kelas kita bakal jadi guru dalam masa 4 tahun lagi...tapi agak-agak lah kita semua tahu ke pengertian GURU yang sebenarnya? cube baca artikel yang saya dapat dari satu blog ni..moga-moga lepas bacanya, kita semua bakal menjadi GURU yang sebaik-baiknyaaaaaaa.........

A)PERANAN GURU TERHADAP DIRI SENDIRI (KERJAYANYA)
1.Memahami dan mengikuti segala bidang tugas mereka agar tidak DICAKAP ORANG MAKAN GAJI BUTA mengikut bidang tugas dan peraturan yang telah sedia ada.

2.Menyematkan, berpegang atau memperbetulkan NIAT DALAM MENJALANKAN TUGAS. Alangkah baiknya jika seseorang guru itu mempunyai niat menjalankan tugas demi kerana Tuhan untuk menunaikan segala tanggungjawabnya sesuai dengan bidang tugas dan peraturan yang telah ditetapkan.

3. Senentiasa BERUSAHA SECARA BERTERUSAN MENINGKATKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN sesuai dengan tuntutan zaman agar dapat memenuhi peranan sebenarnya sebagai seorang guru secara semaksima mungkin.

4.SANGGUP BERKORBAN ....semampu mungkin dalam menjalankan tugasan-tugasan berkaitan...

5.Senentiasa cuba MEMOTIVASIKAN DIRI SERTA MENILAI KERJAYA SENDIRI ..dari masa kesemasa secara berterusan agar DEDIKASI, KOMITED DAN TANGGUNGJAWAB dalam menjalankan tugas senentiasa dalam keadaan yang terbaik.

6.Oppsss...of course...JANGAN LUPA LULUS PTK DAN MUDAH MUDAHAN DAPAT NAIK PANGKAT DENGAN CEPAT...AGAR KITA TIDAK MENJADI GOLONGAN PENGKRITIK ATAU PENGUTUK KERJAYA SENDIRI, AKHIRNYA MENJADI MALAS DAN TIDAK BERDAYA MAJU.

B)PERANAN GURU TERHADAP PARA PELAJARNYA (diubahsuai daripada posting terdahulu)
1.MENGAJAR MELALUI PROSES PEMBELAJARAN TERANCANG
Setiap pendidik atau guru mempunyai jadual mengajar masing-masing.Oleh kerana para guru digaji untuk itu maka adalah satu perkara yang tidak wajar kalau ada guru yang dengan sengaja tidak menunaikan tanggungjawab tersebut...

2.MEMBIMBING CARA BELAJAR BERKESAN = STUDY HARD & STUDY SMART
Bagi guru - guru yang berkemahiran tentang cara - cara pembelajaran yang berkesan apa salahnya diajarkan kepada anak didik mereka.Hal ini tentunya akan memperbaiki mutu proses pembelajaran para pelajar.

3.MEMBIMBING TEKNIK MENJAWAB DALAM PEPERIKSAAN
Dalam konteks ini para pendidik boleh memberikan para pelajar kemahiran berkaitan. Semoga dengan adanya kemahiran tersebut para pelajar kita tidak akan teraba-raba khususnya dalam menjawab peperiksaan dengan teknik yang tepat dan memenuhi format yang sepetutnya.

4.MEMBERIKAN ANALISIS SOALAN TAHUN - TAHUN LEPAS DAN SOALAN RAMALAN.
Tentunya bagi guru-guru yang dedikasi dalam tugasnya sanggup bersusah payah membuat analisis soalan tahun - tahun lepas dan juga soalan ramalan untuk menjadi panduan kepada para pelajar mereka.

5.MENASIHATI DAN MEMOTIVASIKAN SEMANGAT BELAJAR PARA PELAJAR
Dalam kehidupan moden yang penuh cabaran ini banyak perkara yang menyebabkan para pelajar lalai dalam memberikan perhatian sepenuhnnya kepada proses pembelajaran mereka. Alangkah baiknya para pendidik menganggap para pelajar mereka seperti anak mereka sendiri dan senentiasa memberikan nasihat dan motivasi agar mereka lebih fokus dan prihatin terhadap pembelajaran anak-anak mereka.

6.MENCIPTA HUBUNGAN BAIK DENGAN ANAK DIDIK MEREKA
Kewujudan hubungan yang baik antara pendidik dengan anak didiknya boleh menjadi faktor penentu berkaitan danan keberkesanan proses pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.Para pendidik kemungkinan boleh lebih fleksibel dan mempelbagaikan jenis hubungan denegn para pelajar mereka sebagi kawan, sebagai murid atau pelajar, sebagai ibubapa, sebagai fasilatator dan sebagainya.Hubungan guru dengan pelajar yang bermasalah tentunya akan mempengaruhi minat pelajar terhadap pelajaran yang diajar...

7.MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG BAIK
Seorang guru yang prihatin dan peka kepada proses pembelajaran para pelajarnya kan senentiasa cuba mewujudkan suasana yang kondusif agar proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dan diterima baik oleh para pelajar.

8.MEWUJUDKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN IBUBAPA PELAJAR
Seorang guru yang bertanggungjawab dan dedikasi dalam tugas mereka seharusnya mempunyai hubungan baik dengan ibubapa para pelajar agar saling dapat bertukar maklumat dan berkongsi idea untuk membimbing para pelajar kearah pencapaian akademik yang cemerlang.

9.MEMBERIKAN LATIHAN, KERJA SEKOLAH,LATIH TUBI DAN SEBAGAINYA.
Perkara ini penting bagi melihat keberkesanan proses perkembangan pembelajaran mereka dan meneliti perkara yang para pelajarnya tidak tahu atau tidak faham.Hal ini boleh menjadi panduan untuk memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran serta pembelajaran dan menambah nilai dan data pengajaran mereka.

10.MEMBENTUK SASIAH DAN DISIPLIN PARA PELAJAR
Umum mengetahui kecemerlangan akademik para pelajar berkait rapat dengan prestasi didiplin mereka. Oleh itu ada baiknya para guru berkerjasama dengan ibu bapa dalam membentuk sasiah dan disiplin para pelajar agar masalah disiplin seseorang pelajar tidak menjejaskan prestasi akademiknya.

11.MEMBANTU MENYELASAIKAN SEMUA MASALAH PERIBADI PELAJAR SEKIRANYA DIPERLUKAN...(SELALU JUGA BA!)

Kekadang banyak juga masalah peribadi pelajar yang mana atas permintaan atau persetujuan para pelajar terpaksa melibatkan campurtangan guru-guru.Sebagai contohnya MASALAH KELUARGA, MASALAH KEWANGAN,MASALAH BUKU PEMBELAJARAN dan sebagainya.HAL INI AMAT DIRASAI OLEH GURU-GURU YANG BERTUGAS DI KAWASAN LUAR BANDAR DAN PEDALAMAN.

C) PERANAN GURU TERHADAP IBU BAPA PELAJAR

Para pendidik seharusnya dapat memahami dan mempunyai rasa empati terhadap harapan ibu bapa pelajar khususnya daripada segi kemajuan sikap, sahsiah, disiplin serta PENCAPAIAN AKADEMIK. Oleh itu adalah sangat penting bagi para pendidik untuk senentiasa menganggap PARA PELAJAR ITU SEPERTI ANAK SENDIRI.
Selain itu hubungan baik antara ibu bapa dengan guru-guru juga amat perlu khususnya dalam menjalinkan kerjasama untuk memajukan aspek sikap, sahsiah dan akademik para pelajar.
RINGKASNYA IBU BAPA MELABURKAN BERIBU RINGGIT UNTUK MELIHAT ANAK MEREKA MENCAPAI KEJAYAAN DENGAN MENJADI INSAN BERGUNA ...OLEH ITU KITA SEBAGAI PENDIDIK SEHARUSNYA MENYOKONG PENGORBANAN IBUBAPA MEREKA ITU DENGAN MELAKSANAKAN KERJA KITA SEBAIK MUNGKIN.

D) PERANAN GURU TERHADAP MASYARAKAT
Pada kebiasaannya masyarakat akan menilai kerja para pendidik ini dengan MELIHAT KEJAYAAN AKADEMIK DAN KEMENJADIAN PARA PELAJAR.Oleh itu dalam hal ini para pendidik dituntut untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk merelisasikan kemahuan masyarakat tersebut...KITA BERHARAP SELURUH MASYARAKAT MENYOKONG USAHA PARA PENDIDIK DENGAN MEMBERIKAN KRITIKAN-KRITIKAN YANG MEMBINA....Disamping TIDAK MELIHAT KERJAYA PENDIDIK INI SEBAGAI KERJAYA, ...'LOW CLASS'..

wahai rakan-rakan bakal guru marilah kita menjadi ARKITEK MANUSIA yang terbaik agar kita dapat menghasilkan warganegara dan modal insan yang terbaik...jadi sekarang macam mane???sudah sediakah kita menjadi 'role model' kepada anak bangsa????
rasanya banyak lagi yang perlu kta baiki..sama-sama lah kita ingatkan diri masing-masing dan peringatkan diri rakan-rakan kita...

No comments:

Post a Comment