Saturday, October 10, 2009

1 MALAYSIA





sebagaimana kita semua sedia maklmum,,setiap tahun kita akan menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos..walaupun hari kemerdekaan sudah lama berlalu namun, sebagai bakal guru, kite sepatutnya sentiasa menyemai semangat cintakan negara dalam diri kita.walaupun dalam bukan bulan kemerdekaan, kita harus sentiasa mengingatkan pelajar-pelajar supaya sentiasa menghargai segala pengorbanan pejuang negara yang sanggup menggadai nyawa mereka.Pada semester pertama kami di IPG,kami telah diarahkan supaya menyertai kawad bagi perhimpunan kemerdekaan peringkat negeri Johor yang diadakan di Mersing.kat sebelah ni gambar-gambar kami sekelas bersama pelajar kelas Pendidikan Cina.Walaupun gambar-gambar ni adalah gambar tahun lepas, namun ianya dapat menjelaskan betapa pentingnya semangat perpaduan di antara kaum di negara kita sehinggakan kita dapat bersatu di dalam satu negara dengan aman dan makmur.Bersesuain dengan tema kemerdekaan tahun ini iaitu 1 MALAYSIA..

tahun ni sekali lagi kami akan menyertai pertandingan puisidra pada malam sayembara yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu.Tema untuk pertandingan kali ini ialah 1 MALAYSIA.tahun lepas kelas kami hanya berjaya terpilih ke peringkat akhir, namun tidak dapat menyandang tempat 1-3.Jadi, pada tahun ini, kami akan cuba sehabis baik untuk memperbaiki segala kesilapan yang lepas.Kepada rakan-rakan sekelas, tolong-tolonglah cari idea juga ye..dah pening kepala eden nih!!pertandingan dah tak lame dah...

No comments:

Post a Comment