Saturday, October 10, 2009

kata-kata perangsang

kawan2 semua, baca r kalau nak baca. kalau dah baca jangan hanya baca je, hayati r kata2 yg diperkatakan oleh yg berkata kata-kata tersebut..faham? hehe..selamat maju jaya..bagi yg pulang ke kampung sempena cuti rye deepavali nanti, hati2 lah di mana jua anda berada kerana bahaya ada di mana-mana. mana-mana tempat bleh mngundang bahaya. jadi, utamakan keselamatan, ayuh rakan2 bersama2 mengubah diri kita sendiri sebelum nak mengubah bakal pentadbir negara kita malaysia nanti.. apa yg baik dtg daripadaNya dan yg buruk itu datangnya daripada diri beta sendiri.. carilah ilmu sampai ke negara china. ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. beta cuma luahkan apa yg beta dapat semasa belajar di sekolah dulu je..hehe.. nah korang...bacalah....

* Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

* Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan
sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain

* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi
alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah
hinaan kepada Allah

* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri
anda yang sebenar

* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan
hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA

* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu
lawan dan yang mana satu kawan.

* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda
sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang
baik.

No comments:

Post a Comment