Wednesday, November 4, 2009

DOSA MENGUMPAT

wahai teman2 sekalian...suka beta selitkan disini tazkirah kpd diri beta n smua rakan2 sekalian..sungguhpun berada dalam satu kelas yg sama, namun hakikat 'mengumpat' terhadap rakan2 sndiri tidak dapat kita elakkan..oleh yg dmikian, saya menyeru kpd kwn2 smua dan kpd diri ini yg banyak kekurangan agar memperbanyakkan amalan n memperbaiki lagi diri kita semua ke arah yg lebih baik.. hmm..bukan ape..sesama islam, saling mengingati antara satu sama lain..k. sama2 baca n fikir2 la yer...

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.Rasulullah
S.A. W.


menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan
sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)Mengumpat
berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila
menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama
pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.Memandangkan
betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging
saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia,
inikan pula daging saudara sendiri.Dosa mengumpat bukan saja
besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun
pelakunya benar-benar bertaubat.Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.Sabda
Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat
itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina,
apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya
dan Ibnu Hibbad)Disebabkan mengumpat terlalu biasa
dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa.
Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.Mengumpat dan
mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya
diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas
perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.Sabda
Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum
beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan
jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang
mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)Orang
yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada
rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan
pahala.Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".Pahala
yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti
mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.Diriwayatkan
oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila
melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia.
Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya
kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".Sebaliknya,
jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada
orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan
kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat
nanti.Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib
berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan
lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Saturday, October 10, 2009

1 MALAYSIA





sebagaimana kita semua sedia maklmum,,setiap tahun kita akan menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos..walaupun hari kemerdekaan sudah lama berlalu namun, sebagai bakal guru, kite sepatutnya sentiasa menyemai semangat cintakan negara dalam diri kita.walaupun dalam bukan bulan kemerdekaan, kita harus sentiasa mengingatkan pelajar-pelajar supaya sentiasa menghargai segala pengorbanan pejuang negara yang sanggup menggadai nyawa mereka.Pada semester pertama kami di IPG,kami telah diarahkan supaya menyertai kawad bagi perhimpunan kemerdekaan peringkat negeri Johor yang diadakan di Mersing.kat sebelah ni gambar-gambar kami sekelas bersama pelajar kelas Pendidikan Cina.Walaupun gambar-gambar ni adalah gambar tahun lepas, namun ianya dapat menjelaskan betapa pentingnya semangat perpaduan di antara kaum di negara kita sehinggakan kita dapat bersatu di dalam satu negara dengan aman dan makmur.Bersesuain dengan tema kemerdekaan tahun ini iaitu 1 MALAYSIA..

tahun ni sekali lagi kami akan menyertai pertandingan puisidra pada malam sayembara yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu.Tema untuk pertandingan kali ini ialah 1 MALAYSIA.tahun lepas kelas kami hanya berjaya terpilih ke peringkat akhir, namun tidak dapat menyandang tempat 1-3.Jadi, pada tahun ini, kami akan cuba sehabis baik untuk memperbaiki segala kesilapan yang lepas.Kepada rakan-rakan sekelas, tolong-tolonglah cari idea juga ye..dah pening kepala eden nih!!pertandingan dah tak lame dah...

mengERTIkah kite tugas seorang GURU sebenarnya????????

hemmm....semua dalam kelas kita bakal jadi guru dalam masa 4 tahun lagi...tapi agak-agak lah kita semua tahu ke pengertian GURU yang sebenarnya? cube baca artikel yang saya dapat dari satu blog ni..moga-moga lepas bacanya, kita semua bakal menjadi GURU yang sebaik-baiknyaaaaaaa.........

A)PERANAN GURU TERHADAP DIRI SENDIRI (KERJAYANYA)
1.Memahami dan mengikuti segala bidang tugas mereka agar tidak DICAKAP ORANG MAKAN GAJI BUTA mengikut bidang tugas dan peraturan yang telah sedia ada.

2.Menyematkan, berpegang atau memperbetulkan NIAT DALAM MENJALANKAN TUGAS. Alangkah baiknya jika seseorang guru itu mempunyai niat menjalankan tugas demi kerana Tuhan untuk menunaikan segala tanggungjawabnya sesuai dengan bidang tugas dan peraturan yang telah ditetapkan.

3. Senentiasa BERUSAHA SECARA BERTERUSAN MENINGKATKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN sesuai dengan tuntutan zaman agar dapat memenuhi peranan sebenarnya sebagai seorang guru secara semaksima mungkin.

4.SANGGUP BERKORBAN ....semampu mungkin dalam menjalankan tugasan-tugasan berkaitan...

5.Senentiasa cuba MEMOTIVASIKAN DIRI SERTA MENILAI KERJAYA SENDIRI ..dari masa kesemasa secara berterusan agar DEDIKASI, KOMITED DAN TANGGUNGJAWAB dalam menjalankan tugas senentiasa dalam keadaan yang terbaik.

6.Oppsss...of course...JANGAN LUPA LULUS PTK DAN MUDAH MUDAHAN DAPAT NAIK PANGKAT DENGAN CEPAT...AGAR KITA TIDAK MENJADI GOLONGAN PENGKRITIK ATAU PENGUTUK KERJAYA SENDIRI, AKHIRNYA MENJADI MALAS DAN TIDAK BERDAYA MAJU.

B)PERANAN GURU TERHADAP PARA PELAJARNYA (diubahsuai daripada posting terdahulu)
1.MENGAJAR MELALUI PROSES PEMBELAJARAN TERANCANG
Setiap pendidik atau guru mempunyai jadual mengajar masing-masing.Oleh kerana para guru digaji untuk itu maka adalah satu perkara yang tidak wajar kalau ada guru yang dengan sengaja tidak menunaikan tanggungjawab tersebut...

2.MEMBIMBING CARA BELAJAR BERKESAN = STUDY HARD & STUDY SMART
Bagi guru - guru yang berkemahiran tentang cara - cara pembelajaran yang berkesan apa salahnya diajarkan kepada anak didik mereka.Hal ini tentunya akan memperbaiki mutu proses pembelajaran para pelajar.

3.MEMBIMBING TEKNIK MENJAWAB DALAM PEPERIKSAAN
Dalam konteks ini para pendidik boleh memberikan para pelajar kemahiran berkaitan. Semoga dengan adanya kemahiran tersebut para pelajar kita tidak akan teraba-raba khususnya dalam menjawab peperiksaan dengan teknik yang tepat dan memenuhi format yang sepetutnya.

4.MEMBERIKAN ANALISIS SOALAN TAHUN - TAHUN LEPAS DAN SOALAN RAMALAN.
Tentunya bagi guru-guru yang dedikasi dalam tugasnya sanggup bersusah payah membuat analisis soalan tahun - tahun lepas dan juga soalan ramalan untuk menjadi panduan kepada para pelajar mereka.

5.MENASIHATI DAN MEMOTIVASIKAN SEMANGAT BELAJAR PARA PELAJAR
Dalam kehidupan moden yang penuh cabaran ini banyak perkara yang menyebabkan para pelajar lalai dalam memberikan perhatian sepenuhnnya kepada proses pembelajaran mereka. Alangkah baiknya para pendidik menganggap para pelajar mereka seperti anak mereka sendiri dan senentiasa memberikan nasihat dan motivasi agar mereka lebih fokus dan prihatin terhadap pembelajaran anak-anak mereka.

6.MENCIPTA HUBUNGAN BAIK DENGAN ANAK DIDIK MEREKA
Kewujudan hubungan yang baik antara pendidik dengan anak didiknya boleh menjadi faktor penentu berkaitan danan keberkesanan proses pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.Para pendidik kemungkinan boleh lebih fleksibel dan mempelbagaikan jenis hubungan denegn para pelajar mereka sebagi kawan, sebagai murid atau pelajar, sebagai ibubapa, sebagai fasilatator dan sebagainya.Hubungan guru dengan pelajar yang bermasalah tentunya akan mempengaruhi minat pelajar terhadap pelajaran yang diajar...

7.MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG BAIK
Seorang guru yang prihatin dan peka kepada proses pembelajaran para pelajarnya kan senentiasa cuba mewujudkan suasana yang kondusif agar proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dan diterima baik oleh para pelajar.

8.MEWUJUDKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN IBUBAPA PELAJAR
Seorang guru yang bertanggungjawab dan dedikasi dalam tugas mereka seharusnya mempunyai hubungan baik dengan ibubapa para pelajar agar saling dapat bertukar maklumat dan berkongsi idea untuk membimbing para pelajar kearah pencapaian akademik yang cemerlang.

9.MEMBERIKAN LATIHAN, KERJA SEKOLAH,LATIH TUBI DAN SEBAGAINYA.
Perkara ini penting bagi melihat keberkesanan proses perkembangan pembelajaran mereka dan meneliti perkara yang para pelajarnya tidak tahu atau tidak faham.Hal ini boleh menjadi panduan untuk memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran serta pembelajaran dan menambah nilai dan data pengajaran mereka.

10.MEMBENTUK SASIAH DAN DISIPLIN PARA PELAJAR
Umum mengetahui kecemerlangan akademik para pelajar berkait rapat dengan prestasi didiplin mereka. Oleh itu ada baiknya para guru berkerjasama dengan ibu bapa dalam membentuk sasiah dan disiplin para pelajar agar masalah disiplin seseorang pelajar tidak menjejaskan prestasi akademiknya.

11.MEMBANTU MENYELASAIKAN SEMUA MASALAH PERIBADI PELAJAR SEKIRANYA DIPERLUKAN...(SELALU JUGA BA!)

Kekadang banyak juga masalah peribadi pelajar yang mana atas permintaan atau persetujuan para pelajar terpaksa melibatkan campurtangan guru-guru.Sebagai contohnya MASALAH KELUARGA, MASALAH KEWANGAN,MASALAH BUKU PEMBELAJARAN dan sebagainya.HAL INI AMAT DIRASAI OLEH GURU-GURU YANG BERTUGAS DI KAWASAN LUAR BANDAR DAN PEDALAMAN.

C) PERANAN GURU TERHADAP IBU BAPA PELAJAR

Para pendidik seharusnya dapat memahami dan mempunyai rasa empati terhadap harapan ibu bapa pelajar khususnya daripada segi kemajuan sikap, sahsiah, disiplin serta PENCAPAIAN AKADEMIK. Oleh itu adalah sangat penting bagi para pendidik untuk senentiasa menganggap PARA PELAJAR ITU SEPERTI ANAK SENDIRI.
Selain itu hubungan baik antara ibu bapa dengan guru-guru juga amat perlu khususnya dalam menjalinkan kerjasama untuk memajukan aspek sikap, sahsiah dan akademik para pelajar.
RINGKASNYA IBU BAPA MELABURKAN BERIBU RINGGIT UNTUK MELIHAT ANAK MEREKA MENCAPAI KEJAYAAN DENGAN MENJADI INSAN BERGUNA ...OLEH ITU KITA SEBAGAI PENDIDIK SEHARUSNYA MENYOKONG PENGORBANAN IBUBAPA MEREKA ITU DENGAN MELAKSANAKAN KERJA KITA SEBAIK MUNGKIN.

D) PERANAN GURU TERHADAP MASYARAKAT
Pada kebiasaannya masyarakat akan menilai kerja para pendidik ini dengan MELIHAT KEJAYAAN AKADEMIK DAN KEMENJADIAN PARA PELAJAR.Oleh itu dalam hal ini para pendidik dituntut untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk merelisasikan kemahuan masyarakat tersebut...KITA BERHARAP SELURUH MASYARAKAT MENYOKONG USAHA PARA PENDIDIK DENGAN MEMBERIKAN KRITIKAN-KRITIKAN YANG MEMBINA....Disamping TIDAK MELIHAT KERJAYA PENDIDIK INI SEBAGAI KERJAYA, ...'LOW CLASS'..

wahai rakan-rakan bakal guru marilah kita menjadi ARKITEK MANUSIA yang terbaik agar kita dapat menghasilkan warganegara dan modal insan yang terbaik...jadi sekarang macam mane???sudah sediakah kita menjadi 'role model' kepada anak bangsa????
rasanya banyak lagi yang perlu kta baiki..sama-sama lah kita ingatkan diri masing-masing dan peringatkan diri rakan-rakan kita...

kata-kata perangsang

kawan2 semua, baca r kalau nak baca. kalau dah baca jangan hanya baca je, hayati r kata2 yg diperkatakan oleh yg berkata kata-kata tersebut..faham? hehe..selamat maju jaya..bagi yg pulang ke kampung sempena cuti rye deepavali nanti, hati2 lah di mana jua anda berada kerana bahaya ada di mana-mana. mana-mana tempat bleh mngundang bahaya. jadi, utamakan keselamatan, ayuh rakan2 bersama2 mengubah diri kita sendiri sebelum nak mengubah bakal pentadbir negara kita malaysia nanti.. apa yg baik dtg daripadaNya dan yg buruk itu datangnya daripada diri beta sendiri.. carilah ilmu sampai ke negara china. ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. beta cuma luahkan apa yg beta dapat semasa belajar di sekolah dulu je..hehe.. nah korang...bacalah....

* Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

* Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan
sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain

* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi
alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah
hinaan kepada Allah

* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri
anda yang sebenar

* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan
hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA

* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu
lawan dan yang mana satu kawan.

* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda
sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang
baik.

Friday, October 9, 2009

Senam Seni Malaysia (SIPMA di Stadium Titiwangsa)


kami 1 kelas terlibat dalam Persembahan Senam Seni Malaysia di Stadium Titiwangsa pada 12 hb oktober 2009 sempena Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA). Pada 6 hb Oktober baru ni, kami sekelas bersama ngan bdk kls PJ n PK ke Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Raja Melewar. kat sana, kami ditugaskan untuk menjadi jurulatih (maklumlah pernah masuk persembahan sempena KAGUM (karnival sukan guru2 malaysia di Kota Tinggi, Johor). mmg pada awalnya susah nk ajar diorang ni yg rata2nya terdiri drpd golongan senior drpd kami. tapi Alhamdulillah, dapat jugak ajar diorang ni.. masa mengajar 2, kami dibahagikan kpd 10 kumpulan dan mengajar 100 org guru pelatih disana untuk bersenam dan menari. awal2 tu, mmg kekok pergerakan diorang tapi dengan usaha yg berterusan kami semua untuk mengajar dan kesanggupan guru2 pelatih Raja Melewar telah membuahkan hasil. mana tidaknya, kami disini hari2 berlatih bersenam. mana2 yg salah, kena marah.. senam seni ini diketuai oleh saudari wawa (PJ) dan juga saudara man (bm). perjalanan ke IPGM Kampus Raja Melewar, dari Johor Bahru ke Negeri Sembilan mengambil masa dalam 4 jam hendaknya. tp kami beruntung coz pengangkutan disediakan oleh maktab. walaupun ada yg terpaksa berat hati menaiki bas lama yg dibawa oleh Pak Cik Dolah, tp kami tetap hepi..mmg xdpt nk tdo r..mcm naik kuda jer walaupun duk dlm bas..huhu..mcm2 pengalaman kitorang dapat selain dapat menambah kenalan. 100 guru pelatih yg kami ajar akan kami gabungkan dan seterusnya membuat persembahan di hadapan khalayak ramai pada malam perasmian SIPMA. jom terjah aktiviti kami yg diterjemahkan melalui gambar2 yg tidak dapat menonjolkan peristiwa sebenar yg ktorang dapat..jom...





















mari sama2 menulis blog ni ye...

suka beta ingatkan kpd kawan2 bhw sebarang penulisan yg berkaitan isu sensitif dan politik amatlah tidak disokong.. tulislah pe yg korang nk tulis, tp beringat2lah.. sensitiviti kena jaga..maklumla, semua org baca blog ni, kan xpasal2 masuk lokap kte semua ni..ok? lau leh nk masuk cter,novel ke,pape r..boleh...unsur islamik lagi r beta sokong. td ade cadangan nk masukkan refleksi, pon bleh..asalkan "sensitiviti" kne jge la ye... ayuh sama2 hidupkan blog klas kter.. !!
bersatu teguh bercerai kawin lg..eh2? silap..bercerai roboh daaa..k...salam...

ni ha gambar lakonan oleh si tikah n peah waktu ELP..gambar ni beta amik curi2..huahuahua...sajer selitkan ni..okeh..salam.

Thursday, October 8, 2009

aktiviti time puasa kat maktab











puasa oo puasa... mmg mencabar puasa kali ni. dgn aktiviti PJ yang banyak, mmg mencabar kewibawaan kami ni..hehe..pada 8 september 2009, kls kami telah melaksanakan pembahagian bubur lambuk kepada warga IPTI. bubur lambuk ni kami yang masak tau. berbekalkan bahan2 yg telah disediakan ole budak PK(BM) , kami semua ni masak la sampai jadi bubur lambuk...hebat jugak kn kami ni..tapi ni semua dibantu oleh ayahanda kami...hehe.. jom tgok gmbar kami..hehe..

kwan2..

spe2 yg nk sama2 menulis pandangan anda dalam blog ni, sila minta id n password drpd saya ek..zero.

Thursday, August 20, 2009

assignment dan ramadhan...

selamat kembali ke maktab..mlas da nk tulis daa...assgnmnt byk woo...PSV....waaaa...sadis gua...

di bawah ni beta selitkan sedikit info..

KELEBIHAN PUASA DI BULAN RAMADHAN

Firman Allah ( Ayat Al-Baqarah ayat 183 dan 185 )

" Wahai orang-orang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagimana yang diwajibkan atas orangorang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.."

Bagi orang-orang Islam yang beriman, bulan Ramadhan adalah bulan yang dinanti-nantikan ketibaannya oleh setiap ummat islam, memandangkan ia bulan yang mulia dan memberi begitu banyak manafaat dan keistimewaan, faedah, fadhilat dan masa depan yang cerah bagi mereka yang tahu dan menghayatinya.


Keutamaan Ramadhan

Terdapat puluhan hadis Rasulullah saw yang menjelaskan tentang fadhilat dan keutamaan pusa di bulan Ramadhan, bukan sahaja untuk manafat ummat Islam di akhirat kelak, malah ianya memberi faedah yang besar untuk kesihatan tubuh badan manusia didunia ini.

Antara Fadhilat dan Kelebihan Berpuasa dibulan Ramadhan.

1. Pintu Langit dibuka
2. Pintu-pintu Syurga Di Buka

Fadhilat yang lain-lain

1. Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga
2. Orang yang berpuasa dimakbulkan permintaanya oleh Allah SWT
3. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu semasa berbuka dan apabila bertemu dengan Allah pada hari kiamat kelak
4. Orang yang berpuasa mendapat peliharaan Allah Swt
5. Orang yang berpuasa dengan sempurna dijanjikan mahligai yang indah di syurga
6. Setiap kali sijud orang yang berpuasa, dikurniakan seribu tujuh ratus kebajikan, dibinakan mahligai di syurga dan tujuh puluh ribu malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang.

SAMA2 RENUNGKAN...

Wednesday, August 12, 2009

NAMA2 GURU PELATIH BM /PJ/PSV

MOHAMAD AZIZI ZAMRI BIN ILIAS(cikgu Zam)
MOHD HANIFF BIN MOHD SUHAIMI(cikgu Anip)
MOHD NAZIRUL BIN AHMAD(Cikgu Zero)
MOHD SAIFUL RIZAL BIN CHE WIL(Cikgu Sepul)
MOHD RIEZMAN BIN RAMLI(Cikgu Man)
MUHAMAD FARIS BIN MOKHTAR(Cikgu Faris)
NOR AIEN BT ABU HASSAN(Cikgu Aien)
NORAINZATON BINTI MD KASIM(Cikgu Za)
NORSHAFIRA BINTI ILIAS(Cikgu Iera)
NORSHAHIRA BT AHMAD SHUKRI (Cikgu Shahira)
NUR FARHANA BINTI ABD MAJID(Cikgu Hana)
NUR IDAYU BT SHAMSUDIN(Cikgu Ayu)
NUR IYLIA BINTI GHAZALI(Cikgu Lea)
NUR SYAIMA BINTI SALLEH(Cikgu Syai)
NUR ZUFIKA BINTI CHE ROSDI(Cikgu Ika)
NURULAIN BT HASAN(Cikgu Nurul)
RAFEAH BINTI BADARUDDIN(Cikgu Rafeah)
SITI NUR ‘ATIQAH BT MOHD ZUKHI(Cikgu Tika)

Sunday, August 2, 2009

sukan dan rekreasi di Sedili


hah? nk kena pukul ngan kayu ke? tbuh rendah lg!!..kesian minah tu...hahak


meniti atas btg pokok ni..amboi cik ayu...berhati2 2.. ( dgr cter byk kali dia jatuh...tol ker? kui3...)


latihan intensif?? dh macam latihan nk berperang dh..pehhhHH..bau mmg best r..hehe.. tp..semua pass..oyeah!!


pabila anip@asykar beraksi...


kerjasama antara ahli...syok r 2 main..keh3..


persembahan oleh boys pd mlm kebudayaan..pelbagai alat muzik dimainkan...tp...xde irama!...huhu.. (ade bakat untuk mnubuhkan band tersendiri)


aktvti jungle trekking..pas2 kne masak sndiri..tgok si sepoo 2...lapar sgt ke?.. group bewok riang dgr2 cter ade sekor beruk mencuri telur kepunyaan mrk..pe kes? hehe


panas terik..terasa bahangnya smpai ke usus,.hehe..jungle trekking..nsb baik ade faris..tq bro..


ni group 'boya' kot..lupa daa..bgus kump ni..kerjasama yg kuat..


aktvti snaman pagi..


inilah bewok riang apabila bulan mengambang di siang hari..hahaha..pape pun, kump ni dpt tmpt pertama..hehe


bergmbar...last day...da nk nek bas da..hepi wlaupun kulit da hangus terbakar dek UV


pemancing terbaik...ikan kecik pun nk bgmbr ke? dgr2 cter dpt ikan duyung lps 2..xtau la btl ke x..


posing maut bdk2 ni...


gadis ayu atas jambatan...wajahmu...mempesona..wekk...hehe


aduss...makhluk ni dijunpai terdampar...si gle2...


acara tarik tali...jika diamati, ada seorang cewek di blakang tlong group ni...haa...sbb spe laa 2...hehe


keletihan..selesai jungle trekking..


contoh rakit yg siap..


ciptaan rakit group ni mmg berkesan...jauh meninggalkan rakit2 lain di belakang... mmg laju....tahniah2


aktiviti membuat rakit...ni group bewok riang.. zam menarik tali dgn bersungguh2.. syabas2..huhuhu...






28.7.2009 : Pada tarikh keramat ini, kami guru pelatih yang terdiri daripada opsyen BM/PJ/PSv dan PK (BM/PJ/KS) telah menyertai program sukan dan rekreasi yang bertempat di Sedili, Johor. Program ini diadakan di bawah Jabatan Pendidikan Jasmani IPGM Kampus Temenggong Ibrahim.

Pelbagai aktiviti telah kami lakukan sepanjang mengikuti sukan dan rekreasi ini. Selain dapat menambahkan asam garam dalam kehidupan, kami juga dapat mengenali diri masing-masing menerusi aktiviti yang berkaitan sama ada secara langsung atau tidak.

Wednesday, May 13, 2009

biodata guru pelatih bm/pj/psv ambilan julai 08

kuek-kuek..
mengisahkan liku2 hidup warga guru pelatih..knali kami dengan lebih mendalam..joM!

nme beliau faris...glamour ngan nme 'sapoq'....pe lg eh? smbung nex tme r..letih nk mnaip..wakakaka...sowi2..




berasal dr daerah besut darul naim, ngri tganu darul iman..ehehe..slh eh?.. wajah persis artis (iqram dinzly). pendiam n pemalu orgnye..almaklum laa..dh berpunya..hehe..spe la si bunga 2..nme beliau saiful..mempunyai bakat yg menyerlah dlam permainan ping pong, juga merupakan wakil tadika dalam permainan congkak (xsure r tol ke x)...agak sempoi2 orgnye.. dan yang paling penting, beliau merupakan penyokong setia papajo's corner


berbaju coklat 2,,nme si gadis kecil molek ni shahira @ shira...ni bdk baik kls kami..khidmat beliau, pernah menjadi dktor ketika sukan dan rekreasi di sedili...pendiam orgnye..tp petah jugak dlm berkata2 ni.. berasal dr kedah..dgr2 cter..bliau diajak berlakon dlm flem 'cnta babun' arahan tikah..xtau la si shira ni terima ke x..tp 2 laa..ak pun xsure..ntah2,, tye dia sndri..hehe


alkisah....nama nur ayin..tp dak kls pggil bliau ZAZA..agak menyerlah kecantikan beliau..berasal dr bukit mertajam,penang..ske tgk wonderpets..mempunyai skandal dlm kls sndri..huhu..tabiat bliau, amat ske bergmbar..xkira tmpt n masa..mmpunyai baby..haaa..tp babyfrogies...pe benda entah mnatang 2...hehe..dia ni berfikiran terbuka..ske makan..tdo..hahak...bliau amat ske jd stiausaha kls..dan menetapkan akan jd s/u slama 5 tahun...kontrak bliau dgn kls..hehe..


berasal dr tganu..tp duk daerah marang..hehe..merupakan wanita yang sentiasa mencerahkan kls..keh3,,hnya mereka2 yg tau mksud beta..kah3!1.. beliau mempopularkan diri apabila melaungkan " who's mine?"..tatkala itulah tercipta nama baru untuk bliau.."husmen".. agak agresif dlm mlakukan pekerjaan, petah berkata-kata.. haa..slalu kena kutuk ngn sorang mamat dlm kls dia...xtau laa spe laki 2..kah3.. tp pape pun..happy itu gembira..sad itu sedis..usmen is usmen..not atromen..



yg ni special skit...mempunyai kuasa ala2 power rangers pink..hehe...nme beliau que haidar..ops..silap! hehe...beliau ni byk nme.. zero,lindang,shotgun,nazi..n famous ngn 'ninezero'..pe kes ntah dia ni ske '90'..hyperaktif dan ske mngutuk2 org dpn2.. merupakan rempit yg terlepas menjadi cikgu..kat mktab, jd ckgu,kat kampung jd rempit..ank jati tganu.. dgr2 crte, rejoice nk jadikan dia sbg model..pe kes haa??.. xtau r btl ke x ni...hehehe!!



pengarah terbaik dlm mengarahkan sgala mcm hal..hehehe...tikah nama diberi,beliau ni antara yg jd tumpuan laki kat mktab r,hehe,, berasal dr klntan n duk di kmaman, ganu..kecoh jugk dlm kls..dgr cter..tgh mengarah filem 'cnta babun'...ntah la tol x..
skrg duk sbuk cari plakon utk flemnye..almaklumlaa..flem yg bertemakan hari rye pd sem 1 mendapat nombor..hehe..tahniah2...




yg nk bg pnmpar 2..beliau berasal dr kedah.dia ni pelik skit..nme dia ain..tp dikenali sbg miah @ yuna..pabila bulan mengambang,terkumat-kamitlah mulutnya..wakakakaka.. dlm kls, dia ni ske kenakan org..tp..dia ni agak pntar...rajin..lau bab2 aktviti2..dia mmg bg kerjasama..merupakan akauntan kls..terbaikkkkk....dia ske penyu, ad prg pggil dia nyunyu..faizal tahir amat meminati dia...eh2? terbalik eh?..hahahah...pulut kuningggggg....




ika...itulah nme beliau..berasal dr p.pnang..lau tgok gmbr, beliau ni ske ikan kot..hehe..dgr cter beliau ade bela ikan jerung kat umah..hahaha.. seorang gadis yg agak ayu..kdg2 susah nk tgk dia bukak mlut..tp tme mkn,bukak kot..hehe..fuhh...lau bercakap..mmg petah..tp conclusion, dia baik r..spe2 nk jdkn dia sbg calon leh ni..hehe..fhm2 r..ekekeke!!..penolong K.O sem 3...




duhai malang pak kaduk..hehe..nme beliau man..berbakat besar dalam sgala hal, pdato,debat,berlakon,syair,sajak n mcm2..bersikap optimistik n ghairah dlm melaksanakan tugasan..mmg rajin..berasal dr dungun,tganu..bersikap lemah lmbut..hah! jgn slh fhm..hehe.. ( syyhhh...dgr2 mempunyai skandal yg teramat ramai...)




sntiasa tersenyum n bergelak ketawa, menghidupkan suasana dalam kls..itulah sikap beliau..dikenali dgn nama asykar (anip)..beliau ni periang n sntiasa menyerlahkan penampilan yg segak bergaya..antara guru pelatih terhensem..siapa yg xknal asykar? smua knl..anak jati klatey..org smart kls ktorang..




hensemnyerrr...berasal dr kota tinggi, Jhor..merupakan anak bongsu..hehe.. beliau ni mnja kot..tp ckit r.pernah mewakili maktab sbg model. dgr2 cter smpai peringkat kebangsaan.tp ak xsure r..tol x ek?..nme beliau zam..tp dikenali dgn "pion".
agak progresif dalam melaksanakan asgmnt.bgus dia ni..bab2 berjimat2, dia r mng..hehe..dia syg rumate dia..tol ke? tol kot..huhuhu





hah...shh...jgn bising!!..dengan berbekalkan iman di dada, beliau berpegang pada prinsip "go go shy".. sesuai ngn prinsip beliau kn? pemalu kerrr? huhu..nme beliau syai..satu2nya yg berumur...eh2.mksud beta, yg tua setahun dr kami..kak long? ye kot..beliau ni funny n semangat dlm sgala hal..oyeah..go go shy..






hah! sekali pndang msti jtuh cnta..ekeke.., berasal dr kelantan, dia ni dlu2 pendiam kot.tp skank da xmcm dlu..nme beliau ayu..mmg ayu pon.kn? huhu..piieewwiiitt!! (ak dpt tau yg ayu dapat tawaran berlakon dalam filem 'cinta babun' arahan spe ntah..hahaha..)..kemahiran beliau dalam bidang menyapu sampah n buang sampah di blkang kls..hehe..bgus ni...ade bakat cg cmerlang...ekekeke!







ni nme dia nana..tp bukan nana tanjung!!..kenakalan beliau menjadi2 pabila bulan mengambang..huhhu..pe lg ek..hah..beliau ni berbakat dalam bidang fotografi. memang berbakat n menjadi wartawan gmbar kls kami..heheh..