Thursday, November 4, 2010

Merenungkan Renungan

Renungan tajamku kadang-kadang menyebabkan orang lain melontarkan pelbagai persepsi.

ah! mengarut dah..

Reaksi emosi jangan dituruti kerana Implikasinya tidak seperti yang diimiginasi. sokong?



Renungan kali ini, yang akan menyebabkan kamu merenung sejenak memikirkan implikasi yang kadang2 tidak seperti yang diimiginasi. Bersama-samalah kita merenung!


Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

hmm...suka untuk aku menggilakan diri korang ngan cerita2 yang kadang2 x masuk


dek akal pemikiran korang, tp melalui cerita2 yang beginilah menyebabkan kita


berfikir.


kali ni aku nak selitkan satu cerita hasilan drpd imiginasiku yang sentiasa melebih-


lebih..huhuhu.

Subject: Ayam Ayam..


Di sebuah ladang ternakan ayam... kelihatan seekor


ayam jantan yg tua duduk termenung... .masih terngiang-ngiang di


telinganya perbualan tuannya utk membeli ayam jantan yg masih muda...


apa tidaknya ..di kawasan yg mempunyai 25 ekor ayam betina itu...


hanya dirinya saja yg jantan dan diharapkan untuk memastikan ayam


betina yg lain mampu bertelur...


sedangkan dirinya sudah semakin tua... .mana la larat kan...


satu hari seekor ayam jantan yg muda mula berada disitu...


pastinya dibeli oleh tuannya... si ayam muda begitu angkuh membawa


ayam2 betina di hadapan si ayam tua...


ayam tua hanya mampu menahan marah...


tersenyum sinis...dia tahu itu bukannya satu-satu ayam jantan muda yg


pernah hadir dikawasan itu... namun kerana kepintarannyalah dia berjaya


mengusir semua ayam2 jantan yg lain...


apa kata kalau kau beri aku 10 ekor ayam betina...


kau ambillah lagi 15ekor... kata ayam tua...


mana boleh... kau tu dah tua... bagila can kat aku yg muda ni...


kata ayam muda dengan angkuh...


lantas ayam tua mencadangkan agar satu perlumbaan


diadakan dan pemenangnya berhak mendapat semua ayam betina yg ada...


si ayam muda bersetuju...


pertandingan yg ditetapkan adalah lumba lari 400m...


tetapi ayam tua meminta supaya dia dibenarkan berlari dahulu kerana


dirinya sudah tua...


ayam muda bersetuju... ayam tua mula berlari...


nun dihujung sana ayam muda mula mengejar... semakin hampir... .


dan tiba2... DUM... tuannya menembak si ayam muda...


dengan kesal mulutnya membebel... .


AKU X TAU KENAPA SEMUA AYAM JANTAN MUDA


YG AKU BELI NI GAY...


TAUNYA KEJAR AYAM JANTAN JUGAK... .DAH LA TU...


NGAN AYAM TUA PUN DIA LAYAN JUGAK!!!



... ayam tua tersenyum kemenangan...


*** moral of da story?***

Reaksi emosi kita ni jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimiginasi. SETUJUKAH ANDA?

Kadang2 kekuatan tidak diukur hanya pada tenaga kudrat shj.

PEMIKIRAN yang sentiasa ke hadapan membantu kita untuk terus berjaya.

jadi, kpd 'ayam2' muda seperti kita ni jgn berlagak angkuh bila berhadapan dgn 'ayam2' tua di sekolah kelak. knp? hahaha.. nanti x pasal2 kne 'tembak'.

hu3... okeh...huhu...

kawal emosi anda!..

adios~


No comments:

Post a Comment