Saturday, December 4, 2010

Rindu

Rindukan seseorang...

Thursday, November 11, 2010

KATA-KATA VS TEGURAN SINIS YG MENYAKITKAN HATI

"Kata Diucap, Perasaan Dijaga" Sebuah Buku Keterampilan Komunikasi Berkesan hasil Fauziah Wan Jaafar ni banyak memberi faedah kepada diriku.. Katanya, percakapan kita mencerminkan siapa sebenarnya diri kita. Aku amat bersetuju dengan penyataan yang dikatakan beliau!

Hmm..sekarang hot dengan isu keluaran terbaru Proton, iaitu 'Inspira'. eh2? apa kena mengena pulak ngan aku hah? hu3... ntah.. mungkin teruja nak lihat sendiri model tersebut d depan mata!
lari topik lagi~

"Dan ucaplah kata-kata yang baik kepada manusia" petikan drpd surah Al-Baqarah.

kata-kata yang kita ucapkan kadang2 tanpa kita sedari menyakitkan hati pihak yang mendengar.
sedarkah anda? renung2kanlah...


*************************


Dalam kehidupan seharian aku kat sini, aku nak selitkan beberapa kata-kata/teguran sinis yang
agak sinis la digunakan oleh sekeliling aku ni.

hmm...mana laa tak marah kan, kalau dah banyak kali tegur tapi tak sedar2? hu3... berikut aku senaraikan antara kata2 yang aku gunakan jika terpaksa. tp kadang2 sje2 guna pun ade! ahhak!

SITUASI 1.
Member aku ni memang suka sangat 'pow' makanan kawan2 dia.. Jadi, aku ringkaskanlah cerita,
masa tu aku skali ngan mmber2 aku yang lebih dikenali dengan kumpulan 'pakat hungga' ni makan kat 1 kedai ni (cenderawasih corner). lepas tu, makhluk yg suka sangat 'pow' makanan kitorang ni ada la kat situ.. memang kerja dia, 'pow' orang je..hu3!

yang nakalnya, smua minuman member dia sebat! kalau makanan dia x sampai lagi, dia makan la makanan mmber dia dulu. weyh! serius aku tak kisah kalau skali skala. tp kalau dah tiap2 kali macam 2..korang 'panas' tak? rasa macam nak sumbat2 je ngan selipar korang kn? hu3..

tp d sebabkan aku seorang penyabar, aku 'cool' je.. Kalau mintak dulu bru makan aku x kisah beb. ni x! main sambar je pastu bru mintak izin. adab kita ke 2 hah? hu3..
mber2 aku dah 'frust' gila dah ngan situasi 2! aku pon dengan spontan sound dia :

"weh, memang aku beli makanan ni, beli mnuman ni utk ko sebat, so..x pyh mntak2 k!"

kalau korang kne mcm 2 d khalayak ramai cmne? malu kan? hahaha!!..
selang beberapa hari lepas 2, dia dah tak keluar ngan kitorang.. mungkin sebab dah terasa kot..
hah! tau pun ko sedar ek.. Kadang2 manusia ni kne jgk tegur ngan cara mcmni.. sokong?




SITUASI 2:

Korang nak kuar makan, pastu makhluk2 yang malas ni...diorang akan jalankan r misi..
sedang enak2 anda menikmati makanan, pastu... beratur2 mesej sampai kat korang...
bunyinya lebih kurang mcm ni 'tolong belikan bla...blaa...blaa..bungkuskan..bla..."

korang ok je kn kalau jarang2 berlaku? tapi kalau dah tiap2 hari? haha! Mesti x SYOK kn?
jd, aku ajarkan korang..korang cakap mcm ni je (ataupun msg dia) :

"eh! memang aku keluar nak bungkuskan makanan
untuk ko la..
dah memang tertulis
dalam rutin hidupku utk berkhidmat untukmu"


SITUASI 3

member korang suker sangat mengata kat korang...kutuk korang depan2
...korang jwb cmni k..

"dah memang korang hidup utk kutuk aku...so..kutuk laa...
tapi smpai satu tahap nanti, memang
korang hidup utk kne belasah ngan aku,redha je la ok?"



SITUASI 4

korang membaca blog yang entah apa2 punya isi ntah? lalu korang kutuk2 penulis blog...
maki hamun la...ops...anda la yg sedang baca blog ni kan? hah! meh aku jawab..

"ikut ske aku laa...dh ko memang xde kje sangat...
baca blog ni buat pe? nak ngintip
aktiviti budak2 kelas aku eh?"


huhuhu...sorry...aku gurau je k.. apa2 pun, aku sempoi je..mungkin sebab dah terlalu
BOSAN, aku mengarut kat sini... JANGAN aplikasikan situasi2 ni kat rakan2 anda k!


***MORAL OF DA STORY****
fikir ah sendiri! huhuhu...

Saturday, November 6, 2010

SUKA-SUKA

Hmm...kali ni memang saja2 beta nk merapu..bukan pew, bosan sekarang ni...
dari pagi smpai ptg, kudratku langsung tidak digunakan..
beta hanya kaku atas katilku yang empuk, melayani mimpi yang tak pasti..
yela, dah bosan sangat, tak tahu nak buat pew...
pagi2 buta ni pulak, x dapat nak tdo, jadi beta merajinkan
diri ni untuk mengemaskini blog kelas kami ni...
memandangkan masing2 dah melupakan perihal 'kuek-kuek' ni...hu3...

suka-suka kami dalam diam, punyai duka...
namun, kami tetap teruskan perjuangan!

banyak aktiviti yang kami jalankan, tp disebabkan
kesempitan waktu, aktiviti2 kami x dapat
nak dimuatkan dan di ceritakan dalam blog ni...
Kenapa ya? jadual yang padat, kerja khusus yg banyak, pembentangan lagi....
memang tak sempat laa...jom tgok gambar2 kami...





peringkat akhir Malam Senandung Bahasa 2010 (Johan)


peringkat saringan Malam Senandung Bahasa 2010


6 jejaka melayu kacak B.M


rumah terbuka En Mohd Fu'ad



Rumah terbuka abah kami, En. Mohd Aris



Karutan daripada : NineZero... (Berharap semoga keadaan adikku yg kemalangan baik2 hendaknya..semoga pembedahan pada lututnya malam ni berjalan dengan lancar...amin..)

Thursday, November 4, 2010

Merenungkan Renungan

Renungan tajamku kadang-kadang menyebabkan orang lain melontarkan pelbagai persepsi.

ah! mengarut dah..

Reaksi emosi jangan dituruti kerana Implikasinya tidak seperti yang diimiginasi. sokong?



Renungan kali ini, yang akan menyebabkan kamu merenung sejenak memikirkan implikasi yang kadang2 tidak seperti yang diimiginasi. Bersama-samalah kita merenung!


Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitulah juga .........

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu. ...Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU. ..MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.

Terlalu mengejar kesempurnaan.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain... Kamu juga yang akan MENYESAL.....

hmm...suka untuk aku menggilakan diri korang ngan cerita2 yang kadang2 x masuk


dek akal pemikiran korang, tp melalui cerita2 yang beginilah menyebabkan kita


berfikir.


kali ni aku nak selitkan satu cerita hasilan drpd imiginasiku yang sentiasa melebih-


lebih..huhuhu.

Subject: Ayam Ayam..


Di sebuah ladang ternakan ayam... kelihatan seekor


ayam jantan yg tua duduk termenung... .masih terngiang-ngiang di


telinganya perbualan tuannya utk membeli ayam jantan yg masih muda...


apa tidaknya ..di kawasan yg mempunyai 25 ekor ayam betina itu...


hanya dirinya saja yg jantan dan diharapkan untuk memastikan ayam


betina yg lain mampu bertelur...


sedangkan dirinya sudah semakin tua... .mana la larat kan...


satu hari seekor ayam jantan yg muda mula berada disitu...


pastinya dibeli oleh tuannya... si ayam muda begitu angkuh membawa


ayam2 betina di hadapan si ayam tua...


ayam tua hanya mampu menahan marah...


tersenyum sinis...dia tahu itu bukannya satu-satu ayam jantan muda yg


pernah hadir dikawasan itu... namun kerana kepintarannyalah dia berjaya


mengusir semua ayam2 jantan yg lain...


apa kata kalau kau beri aku 10 ekor ayam betina...


kau ambillah lagi 15ekor... kata ayam tua...


mana boleh... kau tu dah tua... bagila can kat aku yg muda ni...


kata ayam muda dengan angkuh...


lantas ayam tua mencadangkan agar satu perlumbaan


diadakan dan pemenangnya berhak mendapat semua ayam betina yg ada...


si ayam muda bersetuju...


pertandingan yg ditetapkan adalah lumba lari 400m...


tetapi ayam tua meminta supaya dia dibenarkan berlari dahulu kerana


dirinya sudah tua...


ayam muda bersetuju... ayam tua mula berlari...


nun dihujung sana ayam muda mula mengejar... semakin hampir... .


dan tiba2... DUM... tuannya menembak si ayam muda...


dengan kesal mulutnya membebel... .


AKU X TAU KENAPA SEMUA AYAM JANTAN MUDA


YG AKU BELI NI GAY...


TAUNYA KEJAR AYAM JANTAN JUGAK... .DAH LA TU...


NGAN AYAM TUA PUN DIA LAYAN JUGAK!!!



... ayam tua tersenyum kemenangan...


*** moral of da story?***

Reaksi emosi kita ni jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimiginasi. SETUJUKAH ANDA?

Kadang2 kekuatan tidak diukur hanya pada tenaga kudrat shj.

PEMIKIRAN yang sentiasa ke hadapan membantu kita untuk terus berjaya.

jadi, kpd 'ayam2' muda seperti kita ni jgn berlagak angkuh bila berhadapan dgn 'ayam2' tua di sekolah kelak. knp? hahaha.. nanti x pasal2 kne 'tembak'.

hu3... okeh...huhu...

kawal emosi anda!..

adios~


Cinta & Single

Salam.

pertama2nya, mohon maaf sebab dah lama tak update blog ni. Almaklumla, Semester ni aku jd Ketua Opsyen (KO). sibuk skit r. sibuk ker? haha! syabas kepada diriku, Nazirul dan penolongku, Farhana.












Terima kasih kpd kwn 1 kls yg tlg update blog ni. tp, next time, tulis la nama sedari tu yer..hehe...tq2..

skank ni musim exam dan itu adalah petanda bahawa kami sudah hampir menamatkan SEMESTER 2 PISMP. awesome!.


ops....dah lari topik...biasa la. kalau dh jari ni gatal nak menaip, memang jadi cerpen la jawabnya.hu3..

Post kali ni, sangat2 nk sentuh isu
CINTA & SINGLE.
tp. kenapa isu ni?
hah...
soalan yg bermain di benak
korang kan?
sebab, Semester ni, ramai budak kelas aku yg kecundang dengan cinta, yang jadi single semester ni. kenapakah? mengapakah?
hanya mereka2 yg mengetahui.

Kalau aku cakap yang cinta itu ibarat Chewing Gum, korang leh terima x?
sebab? kenapa chewing gum?

unsur metafora ke personafikasi yg aku gunakan? sesuai ke?
lantak
ah.haha.

cuba korang fikir, perihal chewing gum atau dlm bahasa melayu, gula-gula getah (kellat gam - dlm dialek tganu).

hah! mesti korang pernah kan makan gula-gula getah ni?
alaaa..kalau kat kedai, x mahal pun... 20 sen da bleh beli kn?
susah harga chewing gum ni nak naik... tak macam harga petrol kat malaysia ni.
ops! lari drpd topik lg. hu3..

oleh sebab aku ni pemalas, jadi aku ringkaskan maksudnya.
maksudnya : hilang manisnya, diludah2.
faham? x faham? luaskan pemikiran anda ok. hehe.. think out of da box! yeah!













P/S: Kepada teman-teman sekelasku (termasuk aku) yg merasakan seperti kehilangan, banyakkan bersabar ok. Sayangilah mereka yang menyayangi anda. Keluarga anda, kawan-kawan anda. Bahagia bersama yang tersayang. ingatlah, bunga bukan sekuntum. Kumbang bukan seekor. Setiap kejadian ada hikmah disebaliknya.

tak percaya? suka untuk aku analogikan ungkapan 'setiap kejadian ada hikmah disebaliknya'.
realiti yg berlaku, sebuah kampung dilanda ribut taufan. Puluhan rumah rosak teruk disebabkan kejadian tu. Kejadian yg biasa kita dengar kan?
pe hikmahnya?

Kedai2 yang jual simen2, batu-bata, papan2 dan perabot sudah semesti akan menjadi tumpuan selepas insiden ni kn?
Kejadian yg berlaku menyebabkan jualan pengusaha dan pengeluar barang2 yg terlibat secara langsung akan meningkat dan ini menambahkan keuntungan pihak mereka.

anda faham?

setiap apa yg berlaku ada hikmahnya! kemerosotan jualan pengusaha2 dan pengeluar akan dapat ditingkatkan jualannya jika sekiranya berlaku kejadian seperti ini.
tidakkah anda terfikir?

lihatlah sekeliling anda. lihat dengan mata hati anda, buka fikiran anda ke atas setiap perkara yang berlaku. sebagai seorang bakal guru, pemikiran anda haruslah terbuka dan sentiasa ke hadapan. sokong?


AKU TIDAKLAH SEMPURNA. TAPI! AKU AKAN BERUSAHA UNTUK MENYEMPURNAKAN DIRIKU.
ingat tu!...

sekian sahaja dr diriku NineZero.

Sunday, October 31, 2010

Makan..Makan..Makan..BBQ..


Assalammualaikum...........

Fuhhhh..rase mcm dah lama x update blog ni..masing2 sibuk nga kerja yg xsudah2..(ni dekat2 final exam sempat lagi curi masa)..hehehe

Entry kali ini nk cter sal bebudak clas ana yang buat BBQ..gara2 duit bnyak lebih boleh ler bt makan...Memang meriah gak mlm tu ngan mcm2 makanan ade..Mmg melantak habis la mlm 2..besttt sangat-sangat..


Ni hah,makanan malam tuu..sedap taw..


Malam 2 mmg happening r dgn gelak tawa bebudak clas ni..yg best nyer ada tema: hitam & putih (sape pnye cdngan daa..).So sume ikot tema la but sempoi..ciap jemput pnsyarah lg malam 2, ciap ade hadiah khas yg hnya orang terpilih jew dapat..GEMPAK!

ni lah pnsyarah kami...(ciap alas meja hitam puti lagi..mmg clas gituu)



ni lak hadiah yang disediakn malam tuuh..


sempat lagi pose ye..hangit doh tuu..


Ni pemenang hadiah 'kanak-kanak paling ramah'.
comeyyyyy ANIP..



Tapi malam tu kterorang dah rancang nk kenakan nana@Ratu tidow..beliau telah dimandikan dengan tepung..putih leput kata owg ganu..hahaha..ni ana punya plan daa..puas dapat kenakan beliau.....




nana bermandikan tepung...peace..hehe

By the way, malam tuu mmg gamat..hahahaha..thanks kawan-kawan...


P/s: Mood stdy dh dtg..chaowww..wasalam....

Monday, August 2, 2010

REALITI MALAM

SALAM 1 MALAYSIA...

1st of all (omputeh sikit..huhu) beta nak pohon kemaafan

sebab dah lama tak update Blog ni.

Bukan sebab dah jemu
Bukan sebab dah malas
Bukan sebab dah benci
Dan bukan sebab negatif yg anda fikirkan
TAPI sebab beta serta rakan2
busy ngan tugasan2 yg teramatlah banyak,
program2 yg berkaitan.. OK.

Dalam penulisan blog kali ni, adalah berkaitan dgn
salah seorang daripada kami. (shafira a.k.a husmen)

Alkisah...
July 28 2010 :: 12.51 a.m ::
beta menerima satu msej kat facebook daripada P/KO (farhana)


"selamat..pemberitahuan..
mohon anda semua mendoakan keselamatan
shafira..yg dikejarkn di hospital sebentar td..
shafira dilanda masalah penafasan..
harap..kita bersama dapat mendoakan
keselamatan dia d sana.."

Waktu ni, beta sedang seronok main game kat
facebook (hobiku).
Agak terkejut beta ngan mesej ni.

Siasat punya siasat, mmg sahih benda ni berlaku.
Warden Blok G telah bawa beliau ke Hospital
Sultanah Aminah
ditemani oleh dua sahabatnya (zaza & ika).

beta agak kusut memikirkan kejadian ini.
(bukan pe..kawan2 sekelas..dah lme knal..xde
mksud lain k!..hehe).
Ika msg kat beta yg keadaan Shafira dah stabil.
dah sedar katanya. Dekat2 pkul 3 pagi kot dia
msg. beta yang dah ngantuk ni, fikir...
Cmne nk gtau kat Tutor (En. Aris) kami ni?
Dah lewat malam!.. takut ganggu je.
haisyyhhh! ditelan mati emak,
diluah mati bapa..

so, aku sekadar mesej kat En. Aris pasal ni..

Zaza dan Ika dalam perjalanan pulang
ke kampus.
Suspek utama @ pelakon utama cerita ni
(jangan marah ye..kih3)
ditahan kat wad untuk pemerhatian.

Pagi tu, kelas En. Aris..
beta, zam, saiful & anip kelewatan ke kuliah pagi tuh..
kena warning ngan En Aris beb!..huhu

Tp, tak de hal laa..sebab da biasa kne marah kot.
hihi!

En. Aris sibuk menguruskan hal dgn borang2
dan surat
untuk dihantar kpd pihak hospital dan HEP.

jadi, xde kelas la kami hari ni..haha! like this.

ops...kisah ni dah terpesong jauh! haha..

Pukul 1, En. Aris dan Pn. Hamidah membawa
kami ke Hospital
untuk melawat si Shafira ni..

macam biasa laa.. 4 orang tadi yg lewat ke
kelas merempit ke hospital sebab x cukup
kuota @ muatan dalam 2 buah kereta.

jom..saksikan suasana dalam hospital ketika
melawat si Shafira..
(gambar x banyak lol...maafkan beta)




Suspek utama..hehe.. Shafira @ husmen.. (sedang meneliti surat cinta kot)







alahai...zam...macam biasa la..program selingan utk dia ni mesti ade..haha!



Sekarang, Shafira telah kembali ke kelas seperti biasa.
oh Shafira.. Tanpamu kat kelas, semua orang x bersemangat nak belajar...
huhu.. Jangan wat macam tu lagi tau!
aw aw aw!

TAMAT

moto beta nak beli tahun depan..yeaah!!