Saturday, October 10, 2009

1 MALAYSIA





sebagaimana kita semua sedia maklmum,,setiap tahun kita akan menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos..walaupun hari kemerdekaan sudah lama berlalu namun, sebagai bakal guru, kite sepatutnya sentiasa menyemai semangat cintakan negara dalam diri kita.walaupun dalam bukan bulan kemerdekaan, kita harus sentiasa mengingatkan pelajar-pelajar supaya sentiasa menghargai segala pengorbanan pejuang negara yang sanggup menggadai nyawa mereka.Pada semester pertama kami di IPG,kami telah diarahkan supaya menyertai kawad bagi perhimpunan kemerdekaan peringkat negeri Johor yang diadakan di Mersing.kat sebelah ni gambar-gambar kami sekelas bersama pelajar kelas Pendidikan Cina.Walaupun gambar-gambar ni adalah gambar tahun lepas, namun ianya dapat menjelaskan betapa pentingnya semangat perpaduan di antara kaum di negara kita sehinggakan kita dapat bersatu di dalam satu negara dengan aman dan makmur.Bersesuain dengan tema kemerdekaan tahun ini iaitu 1 MALAYSIA..

tahun ni sekali lagi kami akan menyertai pertandingan puisidra pada malam sayembara yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu.Tema untuk pertandingan kali ini ialah 1 MALAYSIA.tahun lepas kelas kami hanya berjaya terpilih ke peringkat akhir, namun tidak dapat menyandang tempat 1-3.Jadi, pada tahun ini, kami akan cuba sehabis baik untuk memperbaiki segala kesilapan yang lepas.Kepada rakan-rakan sekelas, tolong-tolonglah cari idea juga ye..dah pening kepala eden nih!!pertandingan dah tak lame dah...

mengERTIkah kite tugas seorang GURU sebenarnya????????

hemmm....semua dalam kelas kita bakal jadi guru dalam masa 4 tahun lagi...tapi agak-agak lah kita semua tahu ke pengertian GURU yang sebenarnya? cube baca artikel yang saya dapat dari satu blog ni..moga-moga lepas bacanya, kita semua bakal menjadi GURU yang sebaik-baiknyaaaaaaa.........

A)PERANAN GURU TERHADAP DIRI SENDIRI (KERJAYANYA)
1.Memahami dan mengikuti segala bidang tugas mereka agar tidak DICAKAP ORANG MAKAN GAJI BUTA mengikut bidang tugas dan peraturan yang telah sedia ada.

2.Menyematkan, berpegang atau memperbetulkan NIAT DALAM MENJALANKAN TUGAS. Alangkah baiknya jika seseorang guru itu mempunyai niat menjalankan tugas demi kerana Tuhan untuk menunaikan segala tanggungjawabnya sesuai dengan bidang tugas dan peraturan yang telah ditetapkan.

3. Senentiasa BERUSAHA SECARA BERTERUSAN MENINGKATKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN sesuai dengan tuntutan zaman agar dapat memenuhi peranan sebenarnya sebagai seorang guru secara semaksima mungkin.

4.SANGGUP BERKORBAN ....semampu mungkin dalam menjalankan tugasan-tugasan berkaitan...

5.Senentiasa cuba MEMOTIVASIKAN DIRI SERTA MENILAI KERJAYA SENDIRI ..dari masa kesemasa secara berterusan agar DEDIKASI, KOMITED DAN TANGGUNGJAWAB dalam menjalankan tugas senentiasa dalam keadaan yang terbaik.

6.Oppsss...of course...JANGAN LUPA LULUS PTK DAN MUDAH MUDAHAN DAPAT NAIK PANGKAT DENGAN CEPAT...AGAR KITA TIDAK MENJADI GOLONGAN PENGKRITIK ATAU PENGUTUK KERJAYA SENDIRI, AKHIRNYA MENJADI MALAS DAN TIDAK BERDAYA MAJU.

B)PERANAN GURU TERHADAP PARA PELAJARNYA (diubahsuai daripada posting terdahulu)
1.MENGAJAR MELALUI PROSES PEMBELAJARAN TERANCANG
Setiap pendidik atau guru mempunyai jadual mengajar masing-masing.Oleh kerana para guru digaji untuk itu maka adalah satu perkara yang tidak wajar kalau ada guru yang dengan sengaja tidak menunaikan tanggungjawab tersebut...

2.MEMBIMBING CARA BELAJAR BERKESAN = STUDY HARD & STUDY SMART
Bagi guru - guru yang berkemahiran tentang cara - cara pembelajaran yang berkesan apa salahnya diajarkan kepada anak didik mereka.Hal ini tentunya akan memperbaiki mutu proses pembelajaran para pelajar.

3.MEMBIMBING TEKNIK MENJAWAB DALAM PEPERIKSAAN
Dalam konteks ini para pendidik boleh memberikan para pelajar kemahiran berkaitan. Semoga dengan adanya kemahiran tersebut para pelajar kita tidak akan teraba-raba khususnya dalam menjawab peperiksaan dengan teknik yang tepat dan memenuhi format yang sepetutnya.

4.MEMBERIKAN ANALISIS SOALAN TAHUN - TAHUN LEPAS DAN SOALAN RAMALAN.
Tentunya bagi guru-guru yang dedikasi dalam tugasnya sanggup bersusah payah membuat analisis soalan tahun - tahun lepas dan juga soalan ramalan untuk menjadi panduan kepada para pelajar mereka.

5.MENASIHATI DAN MEMOTIVASIKAN SEMANGAT BELAJAR PARA PELAJAR
Dalam kehidupan moden yang penuh cabaran ini banyak perkara yang menyebabkan para pelajar lalai dalam memberikan perhatian sepenuhnnya kepada proses pembelajaran mereka. Alangkah baiknya para pendidik menganggap para pelajar mereka seperti anak mereka sendiri dan senentiasa memberikan nasihat dan motivasi agar mereka lebih fokus dan prihatin terhadap pembelajaran anak-anak mereka.

6.MENCIPTA HUBUNGAN BAIK DENGAN ANAK DIDIK MEREKA
Kewujudan hubungan yang baik antara pendidik dengan anak didiknya boleh menjadi faktor penentu berkaitan danan keberkesanan proses pengajaran guru dan pembelajaran pelajar.Para pendidik kemungkinan boleh lebih fleksibel dan mempelbagaikan jenis hubungan denegn para pelajar mereka sebagi kawan, sebagai murid atau pelajar, sebagai ibubapa, sebagai fasilatator dan sebagainya.Hubungan guru dengan pelajar yang bermasalah tentunya akan mempengaruhi minat pelajar terhadap pelajaran yang diajar...

7.MEWUJUDKAN SUASANA PEMBELAJARAN YANG BAIK
Seorang guru yang prihatin dan peka kepada proses pembelajaran para pelajarnya kan senentiasa cuba mewujudkan suasana yang kondusif agar proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan dan diterima baik oleh para pelajar.

8.MEWUJUDKAN HUBUNGAN BAIK DENGAN IBUBAPA PELAJAR
Seorang guru yang bertanggungjawab dan dedikasi dalam tugas mereka seharusnya mempunyai hubungan baik dengan ibubapa para pelajar agar saling dapat bertukar maklumat dan berkongsi idea untuk membimbing para pelajar kearah pencapaian akademik yang cemerlang.

9.MEMBERIKAN LATIHAN, KERJA SEKOLAH,LATIH TUBI DAN SEBAGAINYA.
Perkara ini penting bagi melihat keberkesanan proses perkembangan pembelajaran mereka dan meneliti perkara yang para pelajarnya tidak tahu atau tidak faham.Hal ini boleh menjadi panduan untuk memperbaiki kaedah dan teknik pengajaran serta pembelajaran dan menambah nilai dan data pengajaran mereka.

10.MEMBENTUK SASIAH DAN DISIPLIN PARA PELAJAR
Umum mengetahui kecemerlangan akademik para pelajar berkait rapat dengan prestasi didiplin mereka. Oleh itu ada baiknya para guru berkerjasama dengan ibu bapa dalam membentuk sasiah dan disiplin para pelajar agar masalah disiplin seseorang pelajar tidak menjejaskan prestasi akademiknya.

11.MEMBANTU MENYELASAIKAN SEMUA MASALAH PERIBADI PELAJAR SEKIRANYA DIPERLUKAN...(SELALU JUGA BA!)

Kekadang banyak juga masalah peribadi pelajar yang mana atas permintaan atau persetujuan para pelajar terpaksa melibatkan campurtangan guru-guru.Sebagai contohnya MASALAH KELUARGA, MASALAH KEWANGAN,MASALAH BUKU PEMBELAJARAN dan sebagainya.HAL INI AMAT DIRASAI OLEH GURU-GURU YANG BERTUGAS DI KAWASAN LUAR BANDAR DAN PEDALAMAN.

C) PERANAN GURU TERHADAP IBU BAPA PELAJAR

Para pendidik seharusnya dapat memahami dan mempunyai rasa empati terhadap harapan ibu bapa pelajar khususnya daripada segi kemajuan sikap, sahsiah, disiplin serta PENCAPAIAN AKADEMIK. Oleh itu adalah sangat penting bagi para pendidik untuk senentiasa menganggap PARA PELAJAR ITU SEPERTI ANAK SENDIRI.
Selain itu hubungan baik antara ibu bapa dengan guru-guru juga amat perlu khususnya dalam menjalinkan kerjasama untuk memajukan aspek sikap, sahsiah dan akademik para pelajar.
RINGKASNYA IBU BAPA MELABURKAN BERIBU RINGGIT UNTUK MELIHAT ANAK MEREKA MENCAPAI KEJAYAAN DENGAN MENJADI INSAN BERGUNA ...OLEH ITU KITA SEBAGAI PENDIDIK SEHARUSNYA MENYOKONG PENGORBANAN IBUBAPA MEREKA ITU DENGAN MELAKSANAKAN KERJA KITA SEBAIK MUNGKIN.

D) PERANAN GURU TERHADAP MASYARAKAT
Pada kebiasaannya masyarakat akan menilai kerja para pendidik ini dengan MELIHAT KEJAYAAN AKADEMIK DAN KEMENJADIAN PARA PELAJAR.Oleh itu dalam hal ini para pendidik dituntut untuk berusaha bersungguh-sungguh untuk merelisasikan kemahuan masyarakat tersebut...KITA BERHARAP SELURUH MASYARAKAT MENYOKONG USAHA PARA PENDIDIK DENGAN MEMBERIKAN KRITIKAN-KRITIKAN YANG MEMBINA....Disamping TIDAK MELIHAT KERJAYA PENDIDIK INI SEBAGAI KERJAYA, ...'LOW CLASS'..

wahai rakan-rakan bakal guru marilah kita menjadi ARKITEK MANUSIA yang terbaik agar kita dapat menghasilkan warganegara dan modal insan yang terbaik...jadi sekarang macam mane???sudah sediakah kita menjadi 'role model' kepada anak bangsa????
rasanya banyak lagi yang perlu kta baiki..sama-sama lah kita ingatkan diri masing-masing dan peringatkan diri rakan-rakan kita...

kata-kata perangsang

kawan2 semua, baca r kalau nak baca. kalau dah baca jangan hanya baca je, hayati r kata2 yg diperkatakan oleh yg berkata kata-kata tersebut..faham? hehe..selamat maju jaya..bagi yg pulang ke kampung sempena cuti rye deepavali nanti, hati2 lah di mana jua anda berada kerana bahaya ada di mana-mana. mana-mana tempat bleh mngundang bahaya. jadi, utamakan keselamatan, ayuh rakan2 bersama2 mengubah diri kita sendiri sebelum nak mengubah bakal pentadbir negara kita malaysia nanti.. apa yg baik dtg daripadaNya dan yg buruk itu datangnya daripada diri beta sendiri.. carilah ilmu sampai ke negara china. ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah. beta cuma luahkan apa yg beta dapat semasa belajar di sekolah dulu je..hehe.. nah korang...bacalah....

* Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

* Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan
sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain

* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi
alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah
hinaan kepada Allah

* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri
anda yang sebenar

* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan
hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA

* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu
lawan dan yang mana satu kawan.

* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda
sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.

* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang
baik.

Friday, October 9, 2009

Senam Seni Malaysia (SIPMA di Stadium Titiwangsa)


kami 1 kelas terlibat dalam Persembahan Senam Seni Malaysia di Stadium Titiwangsa pada 12 hb oktober 2009 sempena Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA). Pada 6 hb Oktober baru ni, kami sekelas bersama ngan bdk kls PJ n PK ke Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Raja Melewar. kat sana, kami ditugaskan untuk menjadi jurulatih (maklumlah pernah masuk persembahan sempena KAGUM (karnival sukan guru2 malaysia di Kota Tinggi, Johor). mmg pada awalnya susah nk ajar diorang ni yg rata2nya terdiri drpd golongan senior drpd kami. tapi Alhamdulillah, dapat jugak ajar diorang ni.. masa mengajar 2, kami dibahagikan kpd 10 kumpulan dan mengajar 100 org guru pelatih disana untuk bersenam dan menari. awal2 tu, mmg kekok pergerakan diorang tapi dengan usaha yg berterusan kami semua untuk mengajar dan kesanggupan guru2 pelatih Raja Melewar telah membuahkan hasil. mana tidaknya, kami disini hari2 berlatih bersenam. mana2 yg salah, kena marah.. senam seni ini diketuai oleh saudari wawa (PJ) dan juga saudara man (bm). perjalanan ke IPGM Kampus Raja Melewar, dari Johor Bahru ke Negeri Sembilan mengambil masa dalam 4 jam hendaknya. tp kami beruntung coz pengangkutan disediakan oleh maktab. walaupun ada yg terpaksa berat hati menaiki bas lama yg dibawa oleh Pak Cik Dolah, tp kami tetap hepi..mmg xdpt nk tdo r..mcm naik kuda jer walaupun duk dlm bas..huhu..mcm2 pengalaman kitorang dapat selain dapat menambah kenalan. 100 guru pelatih yg kami ajar akan kami gabungkan dan seterusnya membuat persembahan di hadapan khalayak ramai pada malam perasmian SIPMA. jom terjah aktiviti kami yg diterjemahkan melalui gambar2 yg tidak dapat menonjolkan peristiwa sebenar yg ktorang dapat..jom...





















mari sama2 menulis blog ni ye...

suka beta ingatkan kpd kawan2 bhw sebarang penulisan yg berkaitan isu sensitif dan politik amatlah tidak disokong.. tulislah pe yg korang nk tulis, tp beringat2lah.. sensitiviti kena jaga..maklumla, semua org baca blog ni, kan xpasal2 masuk lokap kte semua ni..ok? lau leh nk masuk cter,novel ke,pape r..boleh...unsur islamik lagi r beta sokong. td ade cadangan nk masukkan refleksi, pon bleh..asalkan "sensitiviti" kne jge la ye... ayuh sama2 hidupkan blog klas kter.. !!
bersatu teguh bercerai kawin lg..eh2? silap..bercerai roboh daaa..k...salam...

ni ha gambar lakonan oleh si tikah n peah waktu ELP..gambar ni beta amik curi2..huahuahua...sajer selitkan ni..okeh..salam.

Thursday, October 8, 2009

aktiviti time puasa kat maktab











puasa oo puasa... mmg mencabar puasa kali ni. dgn aktiviti PJ yang banyak, mmg mencabar kewibawaan kami ni..hehe..pada 8 september 2009, kls kami telah melaksanakan pembahagian bubur lambuk kepada warga IPTI. bubur lambuk ni kami yang masak tau. berbekalkan bahan2 yg telah disediakan ole budak PK(BM) , kami semua ni masak la sampai jadi bubur lambuk...hebat jugak kn kami ni..tapi ni semua dibantu oleh ayahanda kami...hehe.. jom tgok gmbar kami..hehe..

kwan2..

spe2 yg nk sama2 menulis pandangan anda dalam blog ni, sila minta id n password drpd saya ek..zero.